Episod Dunia Generasi Baru

Sinopsis
1.Masing-masing mula mendaftar ke kolej dan berkenalan sesama bakal rakan yang jadi teman mereka untuk 3-4 tahun akan datang. Ada diantara mereka mula memulakan kehidupan berdikari jauh dari keluarga masing-masing. Zahari, bapa Zuhal terkejut apabila bertemu dengan bekas isterinya Zulaikha semasa pendaftaran pelajar.
2.Para pelajar diagihkan kepada grup2 masing, ada yang mendapat mentor kaki propa, ada kaki MLM jual kopi oleh senior kumpulan orientasi Norelle,Rik,Aman dan Marina iaitu Fikri. Mereka menjadi downline setelah ditawarkan borang kemasukan rm50 tetapi untung rm 800. Seperkara lagi, Kopi Tajul digunakan ini sama nama dengan watak Tajul dalam Dunia Baru (siri TV) seorang usahawan dan opportunis. Siska dan Zahra pula menghidu niat buruk Maha yang mengeksploitasi freshies dengan sering menangkap gambar dan memuatnaik ke instagram.
3.Selepas mendaftar modul kelas para pelajar mula runsing kerana memerlukan wang banyak untuk membeli buku rujukan lebih-lebih lagi Norelle. Nama Zuhal pula menjadi bahan jenaka kolej kerana nama planet Jupiter. Rik pula mula memikat mana-mana gadis kolej baik senior mahupun freshie. Tetapi dia seakan-akan tidak mahu memberi komitmen serius dengan Marina. Norelle dan Zahra diterima bekerja separuh masa 4jam sehari di Kafe Opie, nama kafe ini diambil sempena watak Opie dalam Dunia Baru (siri TV) lakonan Elyana Emrizal.
4.Zuhal dan Rik yang mula kamceng kerana masing-masing menggilai wanita, mereka berasa jelek dengan kerenah Aman yang sentiasa mahukan kesempurnaan dan remeh temeh seperti tidak suka memandu laju, mengingatkan mereka tentang kepentingan memakai tali pinggan keledar, tidak suka mereka membuat bising di dalam bilik. Jadi mereka berpakat untuk mengenakan Aman dan Norelle. Rik pula berusaha untuk memikat Zahra tetapi tidak kesampaian kerana dia tidak mudah dijinakkan. Perang keji antara Rik,Zuhal vs Aman semakin menjadi jadi. Siska pula semakin tertekan dengan perangai bapanya yang kebudak-budakan.
5.Siska cuba sedaya upaya merahsiakan latar belakang keluarganya dengan mereka reka cerita dia miskin,bapanya bekerja mengutip tin dan pekerja tapak pelupusan sampah. dan berasal dari kampung. Supaya rakan-rakannya tidak tahu dia anak pemuzik popular. Kesan dari perbuatannya tu menyusahkan dia di kemudian hari. Norelle & Zahra mula syak wasangka kerana Siska sering memberikan alasan tidak munasabah. Zuhal bermulut jahat menuduh Zahra pengotor menyebabkan dia marah dengan Rik sekaligus menjadi punca mereka bermusuh. Aman pula cuba mengasah bakat muziknya walaupun dikritik teruk di alam maya.
6.Untuk berkawan dengan Zahra, Rik telah membuat profail palsu Aaron Musa di facebook supaya dia dapat mendekati Zahra secara rahsia. Aman yang kini dikenali sebagai King Aman rapper viral di blahtube menjadi bahan jenaka di kampus. Aman mula berkawan baik dengan Rik bagaimana untuk menjadi lelaki macho,maskulin. Siska pula tertekan bekerja dibawah Puan Mahani kerana lebih banyak melayan kerenah anak perempuannya, Kobi berbanding membuat kajian.
7.Zuhal yang mempunyai kekasih bernama Seri, belajar di luar negara sering berhubung dari lewat malam hingga awal pagi, menganggu waktu tidur nya hingga terlelap di dalam kelas. Norelle yang kesempitan wang mencuri wang Siska untuk melangsaikan hutangnya pada bos kafe Opie. Siska tanpa usul periksa mengesyaki Lani telah mencuri duitnya.Hingga satu kampus berfikir buruk tentang Lani.
8.Norelle dan Lani teruja apabila kumpulan Horizon bakal mengadakan konsert reunion di KL. Norelle dan Zahra pula mengumpat tentang perangai Lani yang kerap melepak di bilik mereka. Aman pula bertemu kaunselor Miss Hani kerana rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Zahari, bapa Zuhal mula mengesyaki Zahra adalah anaknya dengan isteri dari perkahwinan pertamanya dulu. Lalu dia bertemu dengan Zulaikha, ibu Zahra untuk merungkai semua persoalan ( ini mirip kisah Opie dan Suzanna dalam siri asal dimana mereka menjadi adik beradik tiri kerana ibu Opie berkahwin dengan bapa Suzanna )

Setelah menyiasat Siska, Norelle terkejut Rio dari kumpulan Horizon itu adalah bapanya.

9.Zahra berasa rendah diri kerana Zuhal mendapat markah tinggi dalam kuiz. Norelle pula kerap bertanya soalan tentang Rio pada Siska menyebabkan dia resah dan rimas. Rik mula menjalin hubungan baik dengan Zahra apabila membantu mendapatkan kertas jawapan Zuhal untuknya.
10.Zahra mula mendesak Aaron Musa(pseudonym Rik) untuk berjumpa depan mata. Rik mengupah Zack untuk bertemu Zahra dan menyamar sebagai Aaron Musa. Aman mula obses dengan Siska selepas teruja apabila Norelle menceritakan rahsianya. Zuhal mula mengesyaki ada sesuatu yang tak kena antara bapa nya dan ibu Zahra. Rik pula memberontak tidak mahu menerima bapanya dalam hidupnya kerana penderaan, tidak bertanggungjawab bapanya dulu. Kini bapanya koma dan otaknya tidak lagi berfungsi.
11.Zuhal terkejut apabila mendengar pengakuan bapanya, rupa-rupanya dia dan Zahra adik beradik sebapa tapi berlainan ibu kandung. Zahra ibarat kakak kepadanya, yang cuma beza 2 bulan jarak umur tapi lahir di tahun sama. Membuatkan dia jadi tak keruan dan berkelakuan aneh. Norelle berkecil hati dengan Aman kerana meminggirkannya selepas mendapat tawaran dengan produser muzik.
12.Rik membuat keputusan untuk mematikan watak Aaron Musa lantas mengecewakan Zahra. Zuhal mahu menamatkan pertaruhan vespa nya dengan Rik sekaligus Rik kini bebas untuk meneruskan hubungan serius dengan Zahra. Aman mendapatkan nasihat kawan-kawannya tentang kontrak rakaman.
13.Kemunculan Andy yang gemar bersajak, membuatkan Zahra mula dapat pulih dari kehilangan Aaron Musa. Tindakan Rik mematikan watak Aaron akhirnya memakan diri kerana Andy kini pesaingnya. Rahsia Siska terbongkar dan dia marah pada Norelle dan Aman. Norelle pula dibebani hutang keluarganya dan memilih sama ada berhenti belajar atau bekerja. Zuhal akhirnya berterus terang pada Zahra, mereka adik beradik dan mereka mempunyai nama bapa yang sama. Mereka pergi memujuk Norelle supaya tidak berhenti.